top of page

PPPMB, AJA EQS International Sdn Bhd meterai MoU

27 Nov 2024

Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) dan AJA EQS International Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU), kelmarin, di Pejabat Utama PPPMB, Kompleks Industri Beribi.


Hadir menandatangani MoU itu ialah Presiden PPPMB, Dr Haji Abdul Latif bin Awang Chuchu dan Pengarah AJA EQS International Sdn Bhd, Jacqueline Mary Francis.

Menerusi MoU tesebut AJA EQS bersetuju menjadi rakan strategik dalam pembangunan perniagaan dan sokongan untuk ahli PPPMB di Negara Brunei Darussalam.


AJA EQS turut memberi tumpuan terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan kepada ahli PPPMB yang terkandung dalam latihan pensijilan ISO, audit pengesahan, promosi dan pemasaran, perkongsian maklumat di samping menyediakan program pendidikan serta pembangunan perniagaan. 

Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB)

Nombor Pendaftaran: BPD 25/576

  • Instagram
  • Facebook
  • Whatsapp

© 2025 Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei

bottom of page